BNPL vs Pinjaman Peribadi di Malaysia: Mana Yang Lebih Sesuai untuk Keperluan Kewangan Anda?
16 Okt 2026

BNPL vs Pinjaman Peribadi di Malaysia: Mana Yang Lebih Sesuai untuk Keperluan Kewangan Anda?

Susulan peningkatan kos sara hidup yang kini meningkat, pembeli di Malaysia kini mencari cara yang mudah untuk menguruskan perbelanjaan bulanan mereka. Sehubungan itu, Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) kini semakin popular di Malaysia, khususnya ketika membeli-belah dalam talian atau menggunakan e-dompet.

BNPL menyediakan cara yang mudah dan kadangkala tanpa faedah untuk pengguna membahagikan kos pembelian kepada beberapa bayaran dalam tempoh beberapa bulan. Pada akhir tahun 2025, Malaysia mencatatkan 7.5 juta pengguna BNPL, iaitu peningkatan lebih tiga kali ganda berbanding 2.6 juta pengguna pada tahun 2023. 

Walau bagaimanapun, walaupun BNPL dapat meringankan beban kewangan bagi pelbagai jenis pembelian, ia mungkin tidak sesuai untuk setiap keperluan kewangan. Pembiayaan peribadi atau pinjaman peribadi boleh menjadi pilihan untuk dipertimbangkan jika anda ingin mendapatkan jumlah yang lebih besar atau apabila anda memerlukan wang untuk perbelanjaan yang lebih besar.

Apabila cuba membandingkan BNPL dengan pinjaman peribadi, yang manakah lebih baik? Jawapannya bergantung pada tujuan anda memerlukan wang, jumlah yang diperlukan, bila anda memerlukannya, tempoh pembayaran balik yang diperlukan, dan kemampuan kewangan anda.

 

Apakah itu Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL)?

 

BNPL ialah sejenis pinjaman yang membolehkan anda membeli produk atau perkhidmatan yang layak dan membayarnya dalam tempoh yang lebih panjang, berbanding membayar jumlah penuh semasa membuat pembelian. Sesetengah kemudahan BNPL juga membolehkan anda menangguhkan pembayaran pertama selama sebulan.

Antara kemudahan BNPL yang biasa digunakan termasuk Grab PayLater, SPayLater dan Atome.

Proses biasanya mudah. Pengguna membuat pembelian daripada peniaga, memilih pilihan BNPL semasa pembayaran, dan membayar kos pembelian secara ansuran mengikut jadual pembayaran balik yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, walaupun proses secara amnya hampir sama bagi setiap penyedia perkhidmatan, jumlah ansuran, yuran, faedah atau caj lain yang dikenakan mungkin berbeza antara penyedia.

Sebagai contoh, pelan ansuran standard Grab PayLater membahagikan bayaran kepada empat ansuran tanpa faedah, dengan ansuran pertama dicaj terlebih dahulu semasa pembelian (pelan 8 dan 12 bulan juga disediakan dengan caj).

SPayLater pula menawarkan pelan 1, 3, 6 atau 12 bulan dan menangguhkan bayaran sehingga bulan berikutnya, tetapi mengenakan caj pemprosesan bulanan sebanyak 1.5% bagi pelan yang melebihi tiga bulan, dan bagi pelan 3 bulan untuk pembelian di luar platform Shopee. Ini menunjukkan perbezaan antara dua daripada kemudahan BNPL yang paling biasa digunakan di Malaysia.

Sebelum menggunakan kemudahan BNPL, pastikan anda menyemak tarikh pembayaran balik, sebarang caj yang dikenakan, serta jumlah sebenar yang perlu anda bayar.

Penafian: Maklumat mengenai produk dan perkhidmatan BNPL yang ditawarkan oleh syarikat lain adalah untuk rujukan umum sahaja. Ciri produk, yuran, terma dan syarat mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk laman web rasmi syarikat berkenaan atau sumber yang dipercayai untuk mendapatkan maklumat terkini.

 

Mengapa BNPL Menjadi Popular di Malaysia?

 

Salah satu sebab BNPL menjadi popular adalah kerana ia tersedia dalam platform beli-belah dalam talian dan pembayaran digital. Ini bermakna pengguna boleh membuat pilihan pembayaran secara ansuran semasa membuat pembelian tanpa perlu mendapatkan pinjaman berasingan pembelian tersebut. 

Dengan jumlah ansuran yang lebih kecil, kos sesuatu pembelian melalui BNPL boleh lebih mudah disesuaikan dengan bajet bulanan. Sesetengah kemudahan BNPL juga menawarkan promosi atau diskaun tambahan, menjadikan ianya lebih menarik untuk pembelian tertentu.

Walau bagaimanapun, ansuran yang lebih kecil tidak semestinya bermaksud kos keseluruhan lebih rendah. Adalah penting untuk mempertimbangkan jumlah bayaran balik dan bagaimana ia mempengaruhi komitmen kewangan anda yang lain.

Selain itu, memilih tempoh ansuran yang lebih panjang mungkin akan meningkatkan caj faedah, sekali gus meningkatkan kos sebenar produk berbanding harga asalnya.

 

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Menggunakan BNPL

 

Walaupun BNPL boleh menjadikan pembelian untuk barangan harian lebih mudah diurus, adalah penting untuk melihat lebih daripada sekadar ansuran bulanan apabila membandingkan pilihan pembiayaan. Pertimbangkan jumlah keseluruhan bayaran balik, sebarang faedah atau yuran yang dikenakan, serta caj lain yang mungkin terlibat supaya anda memahami sepenuhnya komitmen kewangan sebelum membuat keputusan.

Seperti semua bentuk pinjaman, adalah lebih baik untuk menggunakan BNPL dengan berhemat. Berikut adalah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum menggunakan BNPL

●       Beberapa ansuran kecil boleh terkumpul menjadi jumlah yang besar

Satu ansuran BNPL mungkin kelihatan mudah untuk ditanggung, namun beberapa pembelian menggunakan BNPL boleh mewujudkan pelbagai komitmen bulanan pada masa yang sama.

Apabila anda mempunyai beberapa bayaran BNPL dengan tarikh pembayaran balik yang berbeza, anda mungkin akan sukar untuk mengetahui jumlah yang terhutang dan perlu dibayar setiap bulan. Sebelum membuat pembelian, pertimbangkan komitmen sedia ada anda dan jumlah keseluruhan ansuran yang perlu dibayar, dan bukannya melihat pada setiap pembelian secara berasingan.

●       Caj pembayaran lewat atau caj lain mungkin dikenakan

Setiap kemudahan BNPL mungkin mempunyai terma dan syarat yang berbeza. Bayaran lewat atau perkara lain boleh menyebabkan caj tambahan dikenakan bergantung pada penyedia perkhidmatan. Jika anda ingin menggunakan kemudahan BNPL, pastikan anda mengetahui tarikh pembayaran perlu dibuat, apa yang akan berlaku sekiranya anda terlepas bayaran, dan jumlah yang perlu anda bayar.

 

Caj lewat BNPL biasanya berjumlah antara RM10 hingga RM30 bagi setiap ansuran yang terlepas, bergantung pada penyedia BNPL. Ini biasanya disertai dengan pembekuan serta-merta akaun. Menggunakan tiga daripada perkhidmatan BNPL yang paling biasa digunakan sebagai contoh, Grab PayLater mengenakan penalty tetap sebanyak RM10 untuk setiap pembayaran yang terlepas. Caj ini dikenakan adalah sebagai tambahan kepada jumlah tertunggak dan dihadkan kepada RM30 bagi pelan ansuran. Jika akaun dikunci, pengguna perlu membayar jumlah tertunggak dan caj lewat RM10 untuk membuka semula akaun.

 

Shopee SPayLater mengenakan caj pembayaran lewat sebanyak RM10 atau jumlah prinsipal bil, yang mana lebih rendah. Akaun SPayLater akan dibekukan apabila terdapat pembayaran tertunggak dan boleh diaktifkan semula setelah jumlah tertunggak dan caj pembayaran lewat yang dikenakan telah dibayar. Bagi Atome, caj pembayaran lewat sehingga RM30 boleh dikenakan bagi setiap bayaran yang terlepas. Akaun akan digantung sementara sehingga bayaran tertunggak dan caj yang berkenaan dijelaskan.

 

Walaupun ansuran dan caj penalti mungkin kelihatan seperti jumlah yang kecil secara berasingan, ia boleh menyumbang kepada fenomena yang dikenali sebagai “fee stacking”, di mana pelbagai penalti atau caj terkumpul antara satu sama lain.

Beberapa bayaran yang terlepas merentasi platform BNPL yang berbeza boleh menyebabkan caj ini terkumpul dengan cepat, seterusnya meningkatkan beban kewangan keseluruhan dan menyukarkan anda untuk memenuhi kewajipan pembayaran balik.

 

Peraturan BNPL di Malaysia: Apa yang perlu diketahui oleh pengguna

 

Seperti semua bentuk kredit, perkhidmatan BNPL hendaklah digunakan dengan berhemat dan setelah pertimbangan yang teliti. Malaysia telah memperkukuhkan peraturan sektor kredit pengguna melalui Akta Kredit Pengguna 2025 (Akta 873). Akta ini mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2026, manakala keperluan pelesenan dan pendaftaran bagi penyedia kredit dan penyedia perkhidmatan kredit yang berkaitan berkuat kuasa pada 1 Jun 2026.

Syarikat BNPL adalah antara pihak yang dikehendaki mendapatkan lesen daripada Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP), dengan tempoh peralihan selama enam bulan bermula dari 1 Jun 2026 untuk syarikat berkaitan memohon lesen atau pendaftaran yang berkaitan.

Penguatkuasaan undang-undang ini di Malaysia bertujuan untuk memperkukuhkan perlindungan pengguna, meningkatkan ketelusan dan menggalakkan amalan yang adil, bertanggungjawab dan profesional dalam kalangan industri kredit pengguna. 

Walau bagaimanapun, kewujudan undang-undang ini tidak bermakna pengguna tidak perlu membuat keputusan yang bijak dan berinformasi. Sebelum menggunakan kemudahan BNPL atau mengambil pinjaman peribadi, pengguna hendaklah membandingkan pilihan yang ada dengan teliti serta memahami fi yang dikenakan, terma pembayaran balik dan syarat-syarat lain bagi memastikan mereka mampu membuat bayaran balik tersebut.

 

Adakah BNPL Merupakan Satu Bentuk Pinjaman Peribadi?

 

Satu persoalan utama yang timbul ialah sama ada BNPL boleh disamakan dengan perkhidmatan pinjaman peribadi yang lain. Tidak sepenuhnya. Walaupun BNPL secara amnya merupakan satu bentuk kredit pengguna jangka pendek, sebenarnya terdapat perbezaan antara BNPL dan pinjaman peribadi.

Secara amnya, pinjaman peribadi menyediakan jumlah pembiayaan yang telah diluluskan dan boleh digunakan untuk pelbagai keperluan yang lebih luas, bergantung pada pemberi pinjaman dan terma pinjaman. Berbeza dengan BNPL yang lazimnya berkaitan dengan pembelian tertentu atau peniaga yang mengambil bahagian, pinjaman peribadi tidak semestinya berkaitan dengan transaksi tertentu. Ini membolehkan pinjaman peribadi digunakan untuk pelbagai keperluan.

 

Cara Bayaran Balik Pinjaman Peribadi Berfungsi

 

Pinjaman peribadi biasanya melibatkan jumlah pembiayaan yang dilulusan, tempoh pinjaman, kadar faedah atau kos kewangan serta bayaran balik bulanan yang ditetapkan. Jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar balik akan ditentukan berdasarkan terma pinjaman tertentu. Terma ini biasanya diterangkan dan dipersetujui oleh peminjam dan penyedia pinjaman terlebih dahulu.

Selain itu, hampir setiap penyedia perkhidmatan pinjaman akan memberikan cadangan khusus bagi membantu peminjam membuat keputusan yang paling tepat berdasarkan keadaan kewangan mereka. Dapatkan maklumat daripada penyedia pinjaman peribadi untuk memahami jumlah bayaran balik bulanan dan jumlah kos pinjaman keseluruhan.

 

Bilakah Pinjaman Peribadi Mungkin Lebih Sesuai Daripada BNPL?

 

Pinjaman peribadi mungkin menjadi pilihan yang lebih sesuai untuk dipertimbangkan dalam keadaan tertentu. Contohnya, apabila keperluan kewangan melibatkan lebih daripada pembelian tertentu.

Contoh lain ialah apabila keperluan anda mendesak dan anda memerlukan dana dengan segera serta nasihat kewangan. Ini tidak bermakna pinjaman peribadi merupakan pilihan yang lebih baik berbanding BNPL. Sebaliknya, kedua-duanya merupakan jenis perkhidmatan pembiayaan yang berbeza dan mungkin lebih sesuai dalam situasi tertentu.

●       Apabila Anda Memerlukan Pembiayaan untuk Perbelanjaan yang Lebih Besar

Sesetengah perbelanjaan mungkin tidak sesuai menggunakan BNPL. Ini termasuk pembaikan rumah yang diperlukan, pendidikan atau pembangunan profesional, perbelanjaan berkaitan perpindahan dan perbelanjaan isi rumah lain yang dirancang.

Jika anda sedang mempertimbangkan pinjaman untuk perbelanjaan yang lebih besar, tentukan dahulu sama ada perbelanjaan tersebut benar-benar diperlukan dan berapa jumlah yang anda perlukan. Elakkan mengambil pinjaman tambahan hanya kerana jumlah yang lebih besar tersedia.

●       Apabila Anda Memerlukan Dana Dan Bukannya Membiayai Sesuatu Pembelian

BNPL biasanya digunakan untuk membiayai pembelian tertentu dengan peniaga. Jika keperluan kewangan anda melibatkan perbelanjaan yang tidak dapat dibayar melalui kemudahan BNPL, pinjaman peribadi boleh menawarkan lebih fleksibiliti, bergantung pada terma pemberi pinjaman.

Ini mungkin amat relevan apabila anda mempunyai beberapa perbelanjaan berkaitan yang perlu diuruskan dan bukannya satu pembelian sahaja. Hanya buat pinjaman jika anda mampu membayar balik pinjaman tersebut berdasarkan bajet sedia ada anda.

●       Apabila Anda Mahukan Pelan Bayaran Balik Yang Berstruktur

Pinjaman peribadi memberikan maklumat yang jelas tentang jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan anggaran bayaran balik bulanan yang dijangka sejak awal.

Ini memberikan gambaran yang lebih jelas tentang komitmen yang perlu anda tanggung sepanjang tempoh pembayaran balik.

Mempunyai jadual pembayaran balik tidak bermakna anda tidak perlu menilai kemampuan kewangan anda. Bayaran bulanan perlu sesuai dengan perancangan kewangan, perbelanjaan serta komitmen sedia ada anda.

 

BNPL vs Pinjaman Peribadi: Yang Mana Patut Anda Pilih?

Tiada jawapan yang sesuai untuk semua orang. Sebaliknya, pertimbangkan keadaan kewangan anda dan tanya diri anda beberapa soalan sebelum memilih mana-mana pilihan.

●       Apakah yang Saya Bayar?

Adakah pinjaman tersebut untuk satu pembelian tertentu, atau adakah anda mempunyai keperluan kewangan yang lebih luas? BNPL boleh digunakan untuk membahagikan kos pembelian yang layak, manakala pinjaman peribadi mungkin lebih relevan apabila keperluan tersebut tidak berkaitan dengan peniaga atau transaksi tertentu.

●       Berapakah jumlah wang yang sebenarnya saya perlukan?

Tentukan jumlah yang anda perlukan sebelum menentukan cara untuk membiayainya. Elakkan meminjam lebih daripada yang diperlukan hanya kerana jumlah yang lebih tinggi tersedia.

●       Seberapa Cepat Saya Mampu Membayarnya Balik?

Pertimbangkan bagaimana tempoh pembayaran balik tersebut sesuai dengan bajet bulanan anda. Pembayaran balik yang kelihatan mampu ditanggung sekarang seharusnya kekal mampu ditanggung bersama komitmen anda yang lain.

●       Berapakah Jumlah Kos Keseluruhan?

Jangan bandingkan pilihan hanya berdasarkan jumlah ansuran bulanan yang diiklankan. Lihat jumlah pembayaran balik keseluruhan, faedah atau kos pinjaman, yuran serta sebarang caj pembayaran lewat yang berpotensi dikenakan.

●       Apakah komitmen kewangan lain yang saya ada?

Pertimbangkan pinjaman sedia ada anda, ansuran BNPL, bayaran kad kredit, perbelanjaan isi rumah dan komitmen tetap yang lain. Pilihan pembiayaan yang tepat ialah pilihan yang anda boleh bayar balik tanpa memberi tekanan yang tidak perlu kepada kewangan anda.

 

Pertimbangkan Pembiayaan Peribadi ACOM untuk Keperluan Kewangan yang Lebih Luas

 

Jika keperluan kewangan anda melibatkan lebih daripada satu pembelian tertentu, pinjaman peribadi mungkin merupakan pilihan yang baik. Pembiayaan Peribadi ACOM menyediakan perkhidmatan pinjaman peribadi yang boleh dipercayai kepada rakyat Malaysia yang memerlukan sokongan dalam memenuhi keperluan kewangan, tertakluk kepada semua terma dan syarat serta keperluan kelulusan yang berkaitan.

Sebelum membuat permohonan, pertimbangkan jumlah yang anda perlukan, sama ada terma pembayaran balik adalah munasabah dan jikalau pinjaman tersebut sesuai dengan komitmen sedia ada anda. Maklumat pembiayaan, Kaedah bayaran balik dan kalkulator pinjaman peribadi ACOM boleh membantu anda memahami keperluan anda dan menganggarkan komitmen bayaran balik sebelum membuat keputusan.

BNPL dan Pinjaman Peribadi: Perkhidmatan Yang Berbeza, Tujuan Yang Berbeza

 

BNPL dan pinjaman peribadi memenuhi keperluan kewangan yang berbeza. BNPL boleh menjadi cara yang mudah untuk membayar kos pembelian yang layak secara ansuran, manakala pinjaman peribadi boleh menawarkan fleksibiliti yang lebih besar untuk keperluan kewangan yang lebih luas atau melibatkan jumlah yang lebih besar.

Jangan pilih mana-mana pilihan hanya kerana proses permohonan yang mudah atau ansuran bulanan yang kelihatan rendah. Sebelum membuat pilihan, pertimbangkan jumlah kos keseluruhan, tempoh pembayaran balik, komitmen kewangan sedia ada dan kemampuan anda untuk membuat pembayar balik pinjaman tersebut secara realistik.

Membandingkan pilihan yang ada boleh membantu anda memilih pembiayaan yang lebih sesuai dengan keadaan kewangan anda.

 

Mengenai ACOM (M)

 

ACOM (M) ialah penyedia pembiayaan peribadi dalam talian berlesen KPKT di Malaysia dan memiliki pensijilan ISO/IEC 27001:2022. Kami menawarkan pinjaman yang telus dan dipercayai, dengan proses permohonan mudah serta kelulusan pantas.

Ikuti blog kami untuk mendapatkan lebih banyak tip berguna tentang kewangan peribadi dan pengurusan wang secara bertanggungjawab.

Anda juga boleh mendaftar akaun untuk membuat permohonan pinjaman peribadi secara dalam talian.