Amaran Penyamaran ACOM (M): Berwaspada dengan Mesej WhatsApp Palsu Berkaitan Bayaran Balik Pinjaman
20 Okt 2026

Amaran Penyamaran ACOM (M): Berwaspada dengan Mesej WhatsApp Palsu Berkaitan Bayaran Balik Pinjaman

ACOM (M) telah mengenal pasti mesej WhatsApp palsu yang menggunakan nama ACOM berkaitan bayaran balik pinjaman. Mesej tersebut mungkin mengandungi peringatan atau amaran tentang bayaran balik pinjaman serta meminta penerima menghubungi nombor telefon yang diberikan dalam mesej berkenaan.

Sila ambil perhatian bahawa mesej tersebut adalah cubaan penipuan dan bukan mesej rasmi daripada ACOM.

Scammer mungkin menyalahgunakan nama, logo atau maklumat ACOM untuk menjadikan mesej palsu kelihatan seperti mesej rasmi. Penerimaan mesej sedemikian tidak semestinya bermaksud anda mempunyai akaun ACOM atau mesej tersebut benar-benar berkaitan dengan ACOM.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada apabila menerima mesej WhatsApp yang tidak dijangka berkaitan pinjaman atau bayaran balik pinjaman ACOM.

 

Cara Mengenal Pasti Mesej WhatsApp Rasmi ACOM

Bagi urusan berkaitan pinjaman dan bayaran balik, ACOM akan menghubungi pelanggan melalui saluran komunikasi rasmi yang ditetapkan. Sekiranya anda menerima mesej WhatsApp yang mendakwa daripada ACOM, semak nombor telefon pengirim dengan teliti.Jangan mudah mempercayai sesuatu mesej hanya kerana mesej tersebut menggunakan nama atau logo ACOM, atau menyebut tentang pinjaman ACOM.

Jika anda tidak pasti sama ada mesej tersebut benar-benar daripada ACOM, hubungi khidmat pelanggan ACOM  melalui saluran rasmi untuk mendapatkan pengesahan.

 

ACOM Tidak Mempunyai Akaun Telegram Rasmi

ACOM (M) tidak mempunyai atau mengendalikan sebarang akaun Telegram rasmi.

Jika seseorang menghubungi anda melalui Telegram dan mendakwa mewakili ACOM, jangan balas mesej tersebut,  jangan berkongsi maklumat peribadi atau perbankan, atau membuat sebarang bayaran berdasarkan arahan yang diberikan.

Berhati-hati dengan mana-mana pihak yang menggunakan nama ACOM melalui Telegram atau saluran komunikasi tidak rasmi yang lain.

 

Sentiasa Semak Sebelum Membuat Bayaran

Scammer mungkin memberikan nombor akaun bank dan meminta anda membuat bayaran balik pinjaman. Jangan membuat bayaran hanya berdasarkan mesej WhatsApp yang tidak dijangka atau arahan daripada pihak yang tidak dapat disahkan.

Sebelum membuat sebarang bayaran:

1. ) Semak nombor CIF dan nombor akaun Public Bank anda. Pastikan kedua-dua maklumat tersebut sepadan dengan maklumat dalam SMS rasmi daripada ACOM (M).

2.) Sahkan maklumat bayaran balik anda melalui Portal Pelanggan ACOM.

3.) Jika maklumat tidak sepadan atau anda berasa ragu-ragu, jangan teruskan bayaran. Hubungi ACOM (M) untuk mendapatkan pengesahan terlebih dahulu.

Peringat: Jika anda tidak pasti tentang nombor akaun yang diberikan,

hubungi ACOM untuk membuat pengesahan sebelum membayar.

 

Luangkan sedikit masa untuk menyemak maklumat pembayaran bagi mengelakkan anda daripada memindahkan wang kepada scammer.

 

ACOM (M) Komited terhadap Perlindungan Data Peribadi

ACOM (M) komited untuk melindungi data peribadi pelanggan dan mengendalikan data tersebut mengikut keperluan undang-undang perlindungan data peribadi yang berkuat kuasa.

Jika anda menerima mesej yang mencurigakan, jangan dedahkan maklumat pengenalan diri, maklumat akaun bank, kata laluan, TAC, OTP atau maklumat sulit lain kepada pihak yang tidak dikenali atau tidak dibenarkan.

Jika anda mengesyaki sesuatu mesej sebagai cubaan penipuan, hentikan komunikasi dengan pengirim tersebut dan hubungi ACOM melalui saluran rasmi untuk mendapatkan pengesahan.

ACOM (M) Mengambil Tindakan terhadap Penipuan Ini

ACOM memandang serius penyalahgunaan nama syarikat tanpa kebenaran. Kami sedang menjalankan siasatan lanjut dan bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk mengenal pasti serta menangani aktiviti penipuan ini.

ACOM akan terus mengambil langkah yang sewajarnya untuk membantu melindungi pelanggan dan orang ramai daripada penyalahgunaan nama ACOM dan kegiatan penipuan yang lain.

Berwaspada terhadap Penipuan Bayaran Balik Pinjaman

Scammer mungkin menyamar sebagai syarikat yang sah melalui WhatsApp atau saluran komunikasi lain untuk memperdaya orang ramai dengan mesej palsu berkaitan pinjaman atau bayaran balik.

Sebelum membuat sebarang bayaran, ingat tiga perkara ini:

  • Semak nombor pengirim.
  • Semak maklumat pembayaran.
  • Sahkan dengan ACOM sebelum membayar.

Jika anda menerima mesej WhatsApp yang mencurigakan dan mendakwa daripada ACOM, atau tidak pasti tentang permintaan bayaran balik atau nombor akaun yang diberikan, hubungi ACOM secara terus untuk mendapatkan pengesahan sebelum membuat sebarang bayaran.

Untuk mendapatkan maklumat rasmi dan butiran perhubungan terkini, sila layari acom.com.my.