Apa Beza CTOS dan CCRIS? Perbezaan Utama dan Cara Semak Secara Online
Jika anda pernah memohon kad kredit baharu atau pinjaman peribadi di Malaysia, besar kemungkinan anda pernah terdengar tentang CTOS atau CCRIS.
Ramai yang menganggap kedua-duanya adalah sama atau salah satu lebih penting daripada yang lain. Hakikatnya, CCRIS dan CTOS memainkan peranan yang berbeza tetapi sama penting dalam kesihatan kredit anda dan cara pemberi pinjaman menilai permohonan anda.
Dalam artikel ini, kita akan memberi fokus kepada empat soalan lazim supaya anda lebih mudah memahami topik ini secara menyeluruh:
● Apakah itu CCRIS dan CTOS?
● Bagaimana cara semak CTOS dan CCRIS secara online?
● Apakah perbezaan utama antara CCRIS vs CTOS?
● Bagaimana CCRIS atau CTOS mempengaruhi kelulusan pinjaman anda?
Jika anda tertanya-tanya, “Adakah CCRIS atau CTOS lebih penting?”, jawapannya mudah. Walaupun fungsi kedua-duanya berbeza, kedua-duanya tetap penting dalam menilai risiko kredit dan kedudukan kewangan anda.
Apakah Itu CCRIS?
CCRIS ialah singkatan bagi Central Credit Reference Information System, iaitu Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat.
CCRIS merupakan petunjuk utama terhadap tingkah laku pembayaran balik. Ia diuruskan oleh Bank Pusat Malaysia, yang dikenali sebagai Bank Negara Malaysia (BNM).
Tujuan utama CCRIS adalah untuk mengumpul maklumat kredit anda. Data ini dikumpulkan daripada bank dan institusi kewangan lain bagi memahami corak pembayaran balik anda.
Laporan CCRIS menunjukkan baki pinjaman tertunggak, kad kredit, dan kemudahan kredit lain yang anda miliki. Ianya juga memaparkan rekod pembayaran anda untuk tempoh 12 bulan yang lalu. Jika anda pernah terlepas bayaran atau membuat bayaran lewat, perkara tersebut akan dipaparkan dengan jelas dalam laporan CCRIS.
Disebabkan CCRIS menggunakan data rasmi daripada sistem perbankan, menjadikan ianya antara perkara pertama yang diperiksa oleh bank dan sesetengah pemberi pinjaman berlesen semasa permohonan pinjaman dibuat. Ini gambaran yang lebih tersusun tentang sejauh mana anda konsisten membayar komitment.
Cara Semak CCRIS Report Secara Dalam Talian
Laporan CCRIS boleh disemak secara percuma melalui laman web eCCRIS. Berikut adalah langkah-langkah untuk membantu anda melalui proses semakkan:
● Lawati portal eCCRIS
● Jika anda pengguna kali pertama, anda mungkin perlu mendaftar akaun
● Sahkan identiti anda, biasanya melalui IC dan proses pengesahan yang selamat
● Log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda
● Lihat atau muat turun laporan CCRIS anda
Laporan CCRIS adalah percuma sepenuhnya untuk pengguna di Malaysia, dan tiada sebarang caj dikenakan.
Walaupun ada yang pernah mendaftar di cawangan atau kiosk Bank Negara, semakan online biasanya lebih mudah dan cepat.
Apa itu CTOS?
Sebelumnya, kita telah menyatakan bahawa CCRIS dan CTOS mempunyai fungsi yang berbeza. Sementara CCRIS lebih tertumpu kepada rekod pembayaran balik, CTOS pula memberikan gambaran risiko yang lebih luas, dimana ianya boleh mempengaruhi keputusan pihak pemberi pinjaman.
CTOS Data Systems Sdn Bhd, iaitu agensi pelaporan kredit swasta utama di Malaysia, mengendalikan laporan CTOS.
CTOS pada asalnya bermaksud Credit Tip-Off Service. Namun, apabila skop CTOS berkembang dari semasa ke semasa, nama asal ini semakin jarang digunakan.
Skop CTOS merangkumi rekod undang-undang, notis kebankrapan, rujukan perdagangan, dan kadangkala juga rekod pembayaran yang dilaporkan oleh perniagaan. Apabila CTOS mempunyai maklumat yang mencukupi tentang profil anda, ia akan memberikan skor kredit CTOS (hanya melalui laporan Score Report berbayar). Skor ini mewakili tahap kelayakan kredit anda secara keseluruhan.
Disebabkan skopnya yang lebih luas, CTOS berfungsi lebih seperti “semakan latar belakang” terhadap reputasi kewangan anda. Ia melengkapi CCRIS, bukannya menggantikannya.
Tidak seperti CCRIS, CTOS mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber, bukan hanya bank. Antara sumber tersebut termasuk:
● Rekod undang-undang dan rekod awam kerajaan (seperti rekod mahkamah, kebankrapan atau petisyen penggulungan syarikat)
● Maklumat daripada syarikat utiliti serta bil tertunggak
● Data daripada pemiutang perdagangan.
● Data perbankan seperti sejarah pembayaran pinjaman dan rekod permohonan kredit
● Data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mungkin merangkumi status kewangan syarikat yang anda berkaitan
Cara Cek CTOS Secara Dalam Talian
CTOS merujuk kepada laporan kredit kendiri yang disediakan secara menyeluruh oleh CTOS, yang dikenali sebagai MyCTOS Reports.
Anda boleh mengakses laporan MyCTOS anda secara online melalui platform rasmi CTOS.
● Layari laman web rasmi CTOS.
● Daftar akaun MyCTOS.
● Sahkan identiti anda, biasanya melalui IC dan proses pengesahan selamat seperti pengesahan muka (Facial recognition).
● Selepas pengesahan, log masuk ke dashboard anda.
● Akses laporan MyCTOS anda.
MyCTOS Laporan asas boleh diperoleh secara percuma. Meskipun, skor CTOS tidak disertakan.
Sekiranya anda inginkan laporan yang lebih terperinci, termasuk skor CTOS serta ciri tambahan lain, anda boleh membeli MyCTOS Score Report pada harga sekitar RM27.90.
Perbezaan Utama Antara CCRIS dan CTOS (CCRIS vs CTOS)
Pemahaman yang lebih jelas tentang perbezaan antara CCRIS vs CTOS membantu menjelaskan mengapa kedua-duanya sering digunakan bersama dalam menilai permohonan pinjaman dan risiko kredit.
|
Key Aspects |
CCRIS |
CTOS |
|
Siapa Mengurusnya |
Bank Negara Malaysia |
Syarikat swasta |
|
Sumber data |
Bank dan institusi kewangan |
Rekod awam, data undang-undang dan data perniagaan. |
|
Faktor Utama |
Rekod pembayaran balik |
Reputasi kewangan keseluruhan |
|
Adakah Ia Termasuk Sejarah Bayaran Balik? |
Ya, menunjukkan sejarah bayaran balik 12 bulan |
Terhad atau tidak langsung |
|
Adakah Termasuk Rekod Kes Undang-undang? |
Tidak |
Ya |
|
Perlukah Saya Membayar untuk Laporan? |
Tidak, percuma |
Versi asas boleh disemak secara percuma, manakala versi lebih terperinci biasanya memerlukan bayaran |
|
Adakah Ia Termasuk Maklumat Mengenai Skor Kredit? |
Tidak disediakan secara langsung |
Tersedia pada laporan berbayar |
Secara ringkas, CCRIS memaparkan konsistensi dan disiplin pembayaran balik anda. Manakala CTOS pula memaparkan maklumat tambahan mengenai latar belakang kewangan anda yang membantu bank dan pemberi pinjaman menilai kesihatan kewangan serta tahap kelayakan kredit anda secara keseluruhan.
CCRIS vs CTOS: Yang Mana Lebih Mempengaruhi Permohonan Pinjaman Anda?
Antara soalan yang paling kerap dipersoalkan oleh peminjam mengenai CCRIS dan CTOS ialah yang mana satu lebih memberi kesan kepada permohonan pinjaman.
Kebiasaannya, CCRIS mempunyai kesan yang lebih kuat terhadap kelulusan pinjaman kerana bank sangat bergantung pada laporan tersebut untuk menilai tingkah laku pembayaran sebenar. Jika laporan CCRIS anda menunjukkan bayaran lewat secara konsisten atau bayaran tertunggak, ia boleh menjadi tanda amaran utama dalam proses kelulusan pinjaman.
Namun begitu, CTOS juga tidak boleh diabaikan. Ini kerana laporan CTOS mungkin mengandungi tindakan undang-undang, rekod kebankrapan, atau pertikaian yang belum diselesaikan, yang boleh menyebabkan pemberi pinjaman menganggap anda sebagai peminjam berisiko tinggi. Walaupun anda mempunyai rekod CCRIS yang baik, rekod dalam CTOS masih boleh menjejaskan peluang kelulusan pinjaman anda.
Walaupun CCRIS menunjukkan sejarah pembayaran balik pinjaman yang dilaporkan oleh bank dan institusi kewangan, pemberi pinjaman juga mungkin menyemak CTOS untuk mengenal pasti sebarang risiko kewangan tambahan atau tersembunyi.
Walaupun CCRIS menunjukkan sejarah pembayaran balik pinjaman yang dilaporkan oleh bank, pemberi pinjaman juga mungkin menyemak CTOS untuk mengenal pasti sebarang risiko kewangan tambahan atau tersembunyi.
Adakah CCRIS dan CTOS Menunjukkan Skor Kredit Anda?
Di sinilah ramai pengguna keliru.
CCRIS tidak menyediakan skor kredit secara langsung. Ia hanya memaparkan data biasa seperti corak pembayaran balik, baki tertunggak dan kemudahan kredit yang anda miliki. Maklumat inilah yang kemudiannya ditafsirkan oleh bank atau institusi kewangan mengikut kaedah penilaian dalaman masing-masing.
CTOS, sebaliknya, mungkin menyediakan skor kredit bergantung pada jenis laporan yang anda akses. Skor ini berdasarkan profil kewangan anda dan boleh memberikan gambaran umum tentang kedudukan kredit serta tahap kelayakan kredit anda.
Kami akan membincangkan topik ini dengan lebih terperinci dalam panduan blog berasingan di blog kami mengenai skor kredit, serta cara untuk meningkatkan kelayakan kredit anda.
Pemikiran Akhir: Mengapa Kedua-duanya Penting
CCRIS dan CTOS saling melengkapi dengan memberikan gambaran yang lebih kepada bank dan pemberi pinjaman tentang anda sebagai peminjam. Oleh itu, anda tidak seharusnya mengabaikan salah satu daripadanya.
Mengabaikan sama ada CCRIS atau CTOS boleh menyebabkan kejutan yang tidak diingini apabila memohon pinjaman. Dengan menyemak kedua-duanya secara berkala, anda boleh mengesan sebarang isu lebih awal.
Jika anda membuat persediaan dengan baik sebelum memohon, peluang untuk mendapat keputusan yang baik akan menjadi lebih tinggi.
Jika anda merancang untuk memohon pinjaman dalam masa terdekat, adalah berbaloi untuk meluangkan beberapa minit bagi menyemak kedua-dua laporan ini. Ia boleh menjadi faktor penentu antara kelulusan dan penolakan.
Anda boleh bermula di sini:
● CCRIS (percuma)
● CTOS (laporan asas atau basic adalah percuma)
Langkah kecil ini boleh membantu anda mengambil kawalan terhadap profil kewangan anda sebelum ia dinilai oleh bank atau pemberi pinjaman.
Mengenai ACOM(M)
ACOM(M) memiliki sijil ISO/IEC 27001:2022, menunjukkan piawaian yang kukuh dalam melindungi data anda dan memastikan maklumat peribadi anda selamat.
Dengan memilih pemberi pinjaman berlesen seperti ACOM (M), anda boleh berasa yakin. Proses pinjaman anda akan jelas, selamat, dan mematuhi peraturan Malaysia.
Ikuti kami di blog kami untuk mendapatkan lebih banyak petua berguna tentang kewangan peribadi dan pengurusan wang yang bertanggungjawab.
Anda juga boleh mendaftar akaun untuk memohon pinjaman peribadi secara dalam talian.
